PUTRAJAYA: Sebagai usaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam, ketua jabatan hendaklah memastikan setiap urusan rasmi anjuran jabatan masing-masing menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.
Perkara itu dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian PO.1.1.1: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam yang disertakan bersama surat edaran bertarikh 9 Ogos 2022 ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.
Pekeliling itu menyatakan persediaan serta tindakan proaktif seperti menyediakan kemudahan, perkhidmatan penterjemahan dan peruntukan kewangan hendaklah diambil sewajarnya bagi memastikan arahan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya dapat dilaksanakan.
"Ketua jabatan juga perlu memastikan semua warga jabatan mempunyai tahap penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu yang baik dari segi aspek lisan dan bukan lisan.
"Pemantauan, penilaian dan pengauditan secara berkala wajar dilaksanakan mengikut keperluan dengan merujuk kepada agensi atau badan profesional yang sesuai," demikian menurut ceraian yang berkuat kuasa mulai tarikh surat edaran itu dikeluarkan.
Surat edaran itu turut diedarkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.
Menurut ceraian itu, ketua jabatan di agensi kerajaan bersama-sama pegawai hendaklah memastikan penggunaan bahasa Melayu dengan baik dalam urusan rasmi, surat rasmi dan dokumen perjanjian bagi urusan dalam dan luar negara.
Antara panduan penggunaan bahasa Melayu yang dinyatakan adalah surat-menyurat rasmi dalam dan luar negara oleh agensi kerajaan sama ada menghantar atau membalas hendaklah menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.
"(Surat-menyurat rasmi itu) kemudiannya dilampirkan dengan terjemahan dalam bahasa Inggeris sekiranya tiada kepakaran dalam bahasa ibunda negara berkenaan," menurut ceraian itu.
Semua pegawai awam juga hendaklah menggunakan bahasa Melayu dengan baik dalam semua urusan rasmi sama ada secara lisan atau bukan lisan serta sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bahasa Melayu.
"Latihan dan pembangunan kompetensi boleh diperoleh dari agensi atau badan profesional yang bersesuaian berdasarkan keperluan jabatan dan pegawai," menurut ceraian itu.
Bagaimanapun, penggunaan bahasa Inggeris masih boleh digunakan dalam keadaan tertentu atas keperluan perundangan dan juga dalam sebarang urusan yang boleh menjejaskan kelancaran penyampaian perkhidmatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 11 2022
Ketua jabatan juga perlu memastikan semua warga jabatan mempunyai tahap penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu yang baik dari segi aspek lisan dan bukan lisan. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Panas! Didi Astillah spill the tea lagi - "Masa bersama isteri orang anak tiga dari Terengganu, itu apa pula?”
Susulan kemunculan, penyanyi Aliff Aziz menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad, kini adik iparnya, Didi Astillah membuat pendedahan terbaharu yang mengejutkan.
Mahkamah Nepal perintah had permit mendaki Everest
Puncak Himalaya adalah lapan daripada 10 puncak tertinggi di dunia dan menerima ratusan pendaki setiap musim bunga, ketika suhu panas dan angin biasanya tenang.
Hospital khas Kuwait di Rafah mohon perlindungan antarabangsa
Hospital Khas Kuwait turut diduduki sebilangan besar delegasi perubatan dari Malaysia dan Indonesia.
Iraq-Syria tandatangani perjanjian, perangi puak pengganas
Kementerian Luar Iraq dan Syria tandatangani perjanjian keselamatan pada Ahad, antara lain merangkumi usaha memerangi dadah, mengawal sempadan antarabangsa, dan menghapuskan kumpulan pengganas.
Projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi diperluas kepada 14 kenderaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Fasa Dua kepada 14 jenis kenderaan barangan mulai esok.
Bank Dunia ikrar sokongan kecemasan
Bank Dunia menyediakan bantuan kecemasan kepada Rio Grande do Sul, yang terjejas teruk akibat hujan dan banjir baru-baru ini, dengan angka kematian mencecah 136 orang.
Seorang lagi warga India ditangkap di Kanada
Polis Kanada telah menangkap seorang lagi warga India berhubung pembunuhan pemimpin Sikh Hardeep Singh Nijjar tahun lepas pada Sabtu.
Empat warga Myanmar ditahan kendali bot nelayan tempatan tempatan tanpa permit kerja sah
Sebuah bot nelayan tempatan pukat tunda kelas C ditahan APMM Pahang kerana tidak mempunyai permit kerja sah, pada kedudukan lebih kurang 23 batu nautika dari timur perairan Kuala Pahang.
Kolej Thailand lancar Kursi Ismail Sabri, promosi pengajian Melayu dan ketamadunan
Katanya, kursi itu permulaan bagi memperkenal pengajian Bahasa Melayu dan Ketamadunan Melayu di kolej dan universiti lain di Thailand.
Pengajian bahasa dan peradaban Melayu harus diperluas ke seluruh Asia Tenggara - Ismail Sabri
Ismail Sabri berharap cadangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN diteruskan.
Inisiatif merakyat sastera melalui penterjemahan akan dibentang kepada PM - ITBM
Empat inisiatif bagi merakyatkan sastera melalui penterjemahan akan dibentang kepada Perdana Menteri bagi memohon pandangan dan kelulusan bagi pelaksanaannya.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
Isu kekuatan ekonomi akan jadi tumpuan khusus kerajaan pada 2024 - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kestabilan politik negara yang ada ketika ini memudahkan kerajaan memberi tumpuan kepada isu ekonomi.
Penguasaan Bahasa Melayu kekal syarat asas permohonan taraf kewarganegaraan - KDN
Proses saringan dilakukan antaranya ujian bertulis, temu duga secara lisan dan bersemuka melalui ujian pengetahuan Bahasa Melayu pemohon.
'Di mana yang tidak Melayunya?', soal PM Anwar
Perdana Menteri menyanggah dakwaan sesetengah pihak, terutamanya daripada pembangkang yang mengatakan Kerajaan Perpaduan tidak memberi tumpuan kepada orang Melayu.
'Kecekapan berbahasa Inggeris penting kepada pelajar' - Pakar
Sanghi berkata, kecekapan berbahasa Inggeris mampu mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi cabaran global.
KPT ambil langkah serius jadikan bahasa Melayu agenda penting pendidikan tinggi
Pelan Tindakan Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institut Pengajian Tinggi antara usaha yang dirintis Kementerian Pengajian Tinggi.
Pulang semula surat jika tidak guna Bahasa Kebangsaan - PM Anwar
Perdana Menteri memberi peringatan kepada jabatan kerajaan agar tidak melayan sebarang surat yang diutus selain daripada Bahasa Kebangsaan.